Mar 14, 2014

:: Petua Menaikkan Uri ::

Hari nie masuk je opis tgk review pasal uri.. Search 'penyebab uri turun', 'cara nak naikkan uri', 'gambar uri' dll

So arinie, saya nak kongsi tips or petua menaikkan uri selebihnye kita tawakal lah yer pada yang SATU 

PETUA UNTUK MENAIKKAN URI

1. Haruslah + wajib banyakkan berdoa pada yang Esa.. Baca lah doa/ayat ape2...

2. Banyakkan bersujud lama waktu rakaat terakhir.. Buat solat hajat... In sha Allah moga Allah memperkenankan doa kita... Amin

3. Rajinkan diri tue bersenam untuk menaikkan uri.. Jangan p jog lak... ahaha.. Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).

CARANYA : Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.

Teknik pernafasan : Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu.

Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut, kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10~15 kali untuk satu sesi senaman.

*Ulang senaman selepas bangun pagi, sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.

4. Pujuk/Bercakap dengan baby supaya bantu kita.. Pujuklah agar baby tue pusing ke bawah dan uri      
    biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi....

0 : potpetpotpet: