Feb 29, 2012

:: iF oNe daY... ::


iF oNe daY...
u feel like crying...
call me...
i don't promise that i can make u laugh
but i can cry with u


iF oNe daY...
u want to run away...
don't b afraid to call me...
i don't promise to ask u to stop
but i can run with u


iF oNe daY...
u don't want to listen to anyone
call me...
i promise to be there for you
and i promise to be very quiet


But iF oNe daY....
when u call me...
and there is no answer
come fast to see me
maybe i'm not here anymore....

--------------------------------------


Feb 26, 2012

:: yeeahhh.....Teluk cempedak & Cerating ::

Bermulanye pengembaraan yg xlah sejauh mana..
xlah sehebat mana..

TAPI....
 gambar2 kami awesome! hahahaa

view yg menarik di waktu pagi... tunggu waktu sunrise dah terlajak... huhu
Tapi... xpelah... dpt tgk & rasa air pantai pun jadi...
+
+
Profile picture fb sayer..
 Aku & Yoh atas batu kt TC..
 aKu & Yoh kt batu lgi... batu batu dan batu........ hikhik

Ain & Azie kt Batu lagi.. tpi jauh cikit.. huhu


Cerating 
vs
Teluk Cempedak
  
Aku & Ain di sinari cahaya keimanan.. eh! cahaya pagi..... ^_*

yg best airpantai kat cerating bersih sgt...
so.. aku mndi kt cerating jam 10am hingga 10.45am barulah gerak balik....

Dahlah waktu nie lak ade perhimpunan Hijau.. so pas mndi kt cerating singgah kt kedai beli sata..
Dapat sata yg xdap coz byk kelapa.. 

Pastu p amik adik kt terminal... pukul 12.15 kt stadium terus gelak balik ikut jalan bukit ubi xmasuk kat pdng kemunting coz jem...

Sampai kt umah terus mkn nasi & tido....
sungguh melenakan...

Feb 13, 2012

:: Stay cool...get wet! Bukit Gambang Resort City ::

Dengan tema 'Stay Cool, Get Wet', dak2 nie sah2 teruja dengan Penguin Island dan seekor ikan pirana yang 'memuntahkan' 250 liter padu air...

Tengok muka dak2 nie.. teruja sokmo!








Start pukul 10am hingga 3pm layan dak2 nie memang aku pun jadi kanak2 riang.. haha
yang paling sengal bila aku balik rumah sakit giler badan nie haa..
urat2 semua jadi tegang..
nak demam pun ader
tapi xpeah.. yang penting meriah giler2...

Feb 7, 2012

:: Mungkin... ::

Mungkin , kita boleh buat dia ketawa.. 

Mungkin kita selalu membuatnya tersenyum suka.. 

Dan kita selalu menenangkan jiwa yang resah..

 Namun, kita tak tahu apa makna senyumannya.. 

Dan pabila air mata yang mengalir itu, 

kita selalu ada di sisinya namun mungkin pada hakikat sebenar kehadiran kita sedikit pun tak menyenangkan hatinya....

~ saya akan cuba buat yg terbaik untuk awk~

Feb 4, 2012


Biodata Nabi Muhammad S.A.W : Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib Bapa-bapa saudara: • Al-Harith bin Abdul Muthalib • Muqawwam bin Abdul Muthalib • Zubair bin Abdul Muthalib • Hamzah bin Abdul Muthalib • Al-Abbas bin Abdul Muthalib • Abu Thalib bin Abdul Muthalib • Abu Lahab bin Abdul Muthalib • Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib • Hijl bin Abdul Muthalib • Dzirar bin Abdul Muthalib • Ghaidaq bin Abdul Muthalib Nama Ibu susuan Rasulullah: - Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) - Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah) Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin: Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun Nama isteri-isteri Rasulullah: 1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a 2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a 3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar) 4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab 5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah) 6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a 7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith 8. Safiyah bt. Huyay 9. Zainab bt. Jansyin 10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah 11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah 12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin) Nama anak-anak Rasulullah: 1. Qasim 2. Abdullah 3. Ibrahim 4. Zainab 5. Ruqaiyah 6. Ummi Kalthum 7. Fatimah Al-Zahra’ 8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah] Pengalaman bekerja Rasulullah: * Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya. * Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga. * Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar. * Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih. * Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak. * Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak. Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy. Sifat-sifat terpuji Rasulullah: - Berkata benar (siddiq) - Boleh dipercayai (amanah) - Penyampai ajaran Islam (tabliq) - Bijaksana (fatanah) kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy. Peristiwa Rasulullah menerima wahyu: - Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M) - Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun. - Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur. - Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ” - Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah. - Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah. Tokoh-tokoh awal memeluk Islam: • Zaid bin Harithah (anak angkat nabi) • Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun) • Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam) • Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib) wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah: - Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ” - pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M) - Berusia 40 tahun. Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu: Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku. Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian. Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.

Feb 1, 2012

:: Jika Aku Pilihanmu ::

~Abdullah Bin Abdul Aziz~

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Pimpinla aku menuju redhaNya,
Bukan membuka jalan untukku,
Melangkah ke neraka.

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Tutupla matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
Pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,
Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.
Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
Hentikanlah madah2 terindahmu untukku,
Sehingga saat halal itu berlaku,

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
Kepada yg menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
Agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.

Jika kau pilih aku,
Menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,
Tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang bisa mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya.

Jika kau pilih aku,
Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
Ketahuila,
Aku akan memilihmu keranaNya.
Saat itu ialah apabila aku tahu,
Kenapa kau memilih aku,
Jawapannya ialah “Kau memilih aku kerana Dia”
Hati ini mudah tergoda nafsu, sering terikut kehendak melulu.
Terkadang risauku pencarianku bertemu buntu dan bimbangku jua akan aku turut terkeliru, jika suatu masa nanti di hadapan ku dua simpang yang berbeza tuju.
Takut-takut yang ku pilih adalah mengikut pujukan syaitan yang merayu.
Khuatir ku pilih bukan yang didasari iman yang padu.
Ya Allah,tutuplah mata ini dari memandang seseorang kerana dunia yang ada padanya.
Biarkan mata hatiku berbicara tatkala insan yang Kau reda dan yang ku tunggu sudah tiba~

Percayalah sayang izinkan aku menjadi perhentian terakhir buatmu kerana kau adalah perhentian terakhir buatku...

~FarinLah~