Sep 28, 2011

:: SaYa SenGeT BiOL ::

Hari semalam..
Semalam yang senget!
Hari semalam!
semalam yang biol!
Hari semalam..
semalam yg tiada MooD..
MooD yg berTerbanGan Di pelusuk penjuru Kereta saya, rumah Kg.Tiram.
Maka Terjadi kejadian..
Yang
Yang
Yang
( berapa banyak YANG daaaaa...~)
Yang saya suka buat!
Haruslah snap picture bile saya rasa, saya comel ketika tue..
comel ker? xpown!
dush!dush!
(gedizlah kau farin)!
arghh.. De aku kesah?
hahaa

 Tengok tue.. kawan2 yg sentiasa ada di belakang saya..
kihkih
 
 
 Credits to My mama!

Pas kite snap!snap!snap!
saya pun tido coz tunggu papa yg lama nak baiki kereta saya sbab aircond rosak+nak tukar tayar!
haruslah papa yg support lagi sebab saya busak masih belajar.
hikhik

Pas, baiki kereta pukul 4 baru buleh p shopping dgn mama.
shopping selendang!
hoye!hoye! dapat 3 selendang & 2 inner tudung.
Lama giler xshopping!
Sebab bz asyik tgk wayang jer utk beberapa bulan nie.
Dulu xdeklah saya sekerap sgt tgk wayang.
Tapi.. sejak beberapa bulan nie, kerap giler ok!.
adakah kerana banyak cerita yang best or sya yg suka hbskan masa bersama orng tersyg bukan tercinta.
OK!
Not same!
oklah..
byebye

~Cinta Ibarat Layang.. Hey! Si pemegang tali! peganglah ia kuat2 ok! jangan biarkan ia terlepas andai di pukul angin kencang ribut sekalipun!



Sep 26, 2011

:: MooD terBang ::

Itulah.. Padahnye bila malam tadi saya xtdo smpai pukul 4 lebih dok nangis.
aiisssyyy.
saya xtahu naper malam tadi hati nie tersentap
Teresak2 saya nangis.. Last saya nangis teresak macamnie tahun lepas coz ade orng ke3.
Apelah...naper erk saya sedih!
Harusker saya nangis!
tpi,, memang xpatut saya nangis sebab tue..
'awak xsalah pun.... saya nangis sebab mata masuk habuk'
Tentang perasaan HATI?
xkan kott. xkan! xkan!
Ya Allah.. Tutuplah pintu hatiku ini untuk ....
Hanya engkau yg mengetahui apa yg tersirat&tersurat.
Padahnya bila saya nangis hampir 1 jam mata pun bengkak tido xcukup muka sembab!
Malam tadi tertido dengan air mata yg mengalir di pipi..
Sedar2 dah pagi..
Pastu.. tgk!
OMG~

PMS is coming again!

Makanye bermacam2 lah perasaan timbul ;-

Omaigod!!!!! kini dia datang lagi...
kepala saye dah mula pening-pening...
rase mual-mual..
rase sakit-sakit badan..
rase serba tak kena..
rase kecik ati..
rase sedey tak bertempat..
rase malas nak cakap ngan sape-sape..
rase pilu..
rase akulah manusia yang paling tak berguna..
yang paling aku tak suka, bila aku rase kecintaan dah tak sayang aku langsung!!!
(sambil berlari-lari anak gi menangis kat toilet!!!)
time-time macam nie, orang laki jangan la cari pasal dok buat lawak bodo tak kena tempat...tak tau la fakta ke auta...tapi ade jugak penah dengar yang lelaki dapat detek perampuan nie tengah uzur bila tengok kening diaorang..eh, betul keee???
Kalo dah merajuk time PMS, memang makan masa nak pulih kembali...unless anda pandai menggunakan pendekatan..ala...hati permpuan kan macam kerak nasi..kejap je cair..dier merajuk tu bukan ape...
1st, sebab kecik hati atas perkara yang telah dilawak bodohkan....
second, dia nak kan perhatian...perempuan sebenarnya akan jadi lebih manja saat ini...
dia perlukan perhatian...
kalau awak tanya..."awak dah recover dari period pain ke?"...
dia dah mampu senyum wpun sebenarnya, rasa macam nak belah perut sendiri je...

dahdah! Xmau belebel lagi~ 
Masa untuk pergi ke kelas walaupun period datang!

Sep 25, 2011

:: BerHaLi LaYa diLumah MiLaH puLa ::

yeah! Here we go~
Next!
Haruslah menghadirkan diri di rumah terbuka my bff!
Jamilah Mohamed & Nor aisahton..

Tapi.. Kat sini hanya ade gambar kat rumah Milah jer..
kerana! memandangkan perut dah pun kekenyangan.. Rumah Sya xdek pun kami ber'snap' bagai!
hehe

Jom yer korang2 kite layan dulu gambar2 saya bersama kengkawan yg sentiasa 'terlebih' ini!
kihkih





Saya sukakan kanak2! Geramnye.. dua2 saya dah gomo sampai nangis! Ibu kpd baby nie kawan saya yg berumur 24 thun dah pun ade anak 8bulan!
Tapi saya? ade anak tekak..anak mata jer.. huhu
Alamak! 
Tiba2 rasa nak kawin & nak ade anak yg comel!
Rasa nak kawin awallah! 
Papa......., buleh x farin nk kwin sekarang..?
ops! tiba2 terdgr suara papa cakap 'selagi kamo xjadi engineer selagi itu kamu xblh kwin'.
kihkihkih







ops! terlebih sudah~
hehe

Weekend yang best!best! & best!
Makan! makan! makan!
Sampai kawan saya dah tegur.. 'Farin.. mula2 ko msuk ump aku tgk ko kiris cikit.. nie dh chubby balik..'
aku pun cakap 'duk Ump stress kott..'
huhu

Xpelah.. chubby2 pun de orang sayang kan! kan! 
*dush-dush! mengada!

~ Masa utk buat assignment Eng. Economics~
byebye 

:: Rumah terbuka di Umah Azreen::

Nyummy!Nyummy!
Mari kita makan-makan sampai sempot!
perghhh!
terbaek bila saya makan mee soto, nasi impit, laksa pahang lastly makan roti jala.
pencuci mulut haruslah buah yg paling saya suka sangat2!
Buah tembikai.. 1 ari mengadap 1 biji pun xper.. kihkih

Jom kite layan picture 




 






Sep 24, 2011

:: Bini-BiniKu Gangster ::


perghh!
Terbaik! Gelak sakan aku tgk cite nie!
Tapi ayat yg paling sweet 'sayang kat mana?' sayang kat hati anje lah'
k.Fine! ayat tue jugak aku sokmo guna okay! kihkih
Then yang ayat paling best 'U are period'! Then s/u dia cakap 'Bos,you're fired lah yang period tue saya'.. 
Masa part nie, memang aku gelak sakan rr ngan orng sebelah aku sampai aku tepuk dia kuat2.
Hahaaa.. best!best!

But.. sweet sgt aku tgk Yana&Sam!
Suka!suka!Suka!
Tiba2 mengharapkan dapat suami seperti Sam yg dalam cerita tue dia romantik+sweet..
adakah ade lagi lelaki seperti tue..?
urmmm
*dush!dush! galak kan saya..? ngeeee
Tapi de gak part sedih bila Sam kawin ngn Intan.
xsyok!
kesian dia kan.
Lakonan Intan xjadi sangat nak2 part yg gaduh2 tue..
Yang okay Yana. Yana semua part best! cute jer bila dia dok umah time dia jadi housewife.
Pakai baju pink+apron pink & t0pi pun pink.
Tapi.. time gaduh dia pakai baju itam+merah.
smart kott.. EH! Chumeelllll.. =)

memandangkan saya gelak sakan dari start cerita hingga ending cerita nie
saya bagi 4.9/5.. hehehe
Yang selebihnya saya simpan di hati saya..
kihkih

Sep 23, 2011

:: SayanG dia LaiN MaCaM ::

Pesan pd DIRI iNi :-
Jgn tsalah mberi HATI pd insan yg tak sudi, pd insan yg tak mngerti.. krna sekali kita mmberi, selamanya dia di HATI. Sekali kita dlukai, sampai bila2 tetap kita ingati.


Pesan lagi pada diri iNi
Hati2lah mmberi HATI sbab ia hanya utk insan yg tahu mghrgai btapa tngginya nilai skeping HATI. HATI & PERASAAN ini hnya utk yg MENYINTAI & MENYAYANGI kita dgn SEIKHLAS HATI ♥! 
(^_^)
+
+
Cikgu : RINDU ?
Rindu : Hadir, Cikgu
Cikgu : Benci ?
Benci : Saya !
Cikgu : KASIH ?
....Murid2 : Tak Hadir, Cikgu
Cikgu : SAYANG ?
... Murid2 : Sakit, Cikgu
Cikgu : CINTA ? CINTA mana ??
RINDU & BENCI : Cinta pulang, Cikgu
Cikgu : Kenapa ???
Serentak RINDU & BENCI menjawab : Kerana Cinta Tak Akan Pernah Hadir Tanpa KASIH & SAYANG... 
(^_^)
+
Jika kamu mencintai kerana dia pandai , itu bkn cinta . tetapi kagum .
Jika kamu mencintai kerana dia cantik/hensem itu bkn cinta . tetapi nafsu .
Jika kamu mencintai kerana takut dia sakit hati , itu bkn cinta . tetapi kasihan .
Jika kamu mencintai kerana dia baik , itu bkn cinta . tetapi terpaksa .
 Jika kamu mencintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu menyintainya,itulah
cinta yang sesungguh nya.
+
Bila ada yang sayang, jangan lukai hatinya..
Bila ada yang cinta, jangan kamu titiskan air matanya..
Bila ada yang menanti, pastikan kamu kembali..
Bila ada yang setia, lakukan yang sama..
Bila dia pergi, pergilah kejari selagi merasa dia bererti..
Kerana bila dia tiada di sisi, kamu akan sunyi dan sepi..
~Awak..walaupun awak BUKAN milik saya, saya nak awak hargai apa itu TEMAN~

Sep 22, 2011

:: LAWAK ~ APABILA PELAJAR ALIRAN SAINS BERCINTAN-CINTUN ::

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku.
Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!

Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Kau : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses pencaran dan perolakan.

Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

Kau: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti  dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Kau: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Kau: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?

Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Kau: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Kau: Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10^23.

Kau: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Kau: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian... .....

kihkihkih

Sep 21, 2011

:: Mutiara Cinta ::

Hari ini mari kita belajar erti CINTA
'hei!hei!hei! aku xpercaya cinta...aku xpercaya C.I.N.T.A!'
kihkih

~MUTIARA CINTA~ 

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”
+
Saat bertemu orang yang pernah kau cintai,
Tersenyumlah dengan wajar .
Karena ia lah orang yang membuatmu lebih mengerti tentang cinta
+
Saat bertemu orang yang pernah kau benci,
Sapalah dengan tersenyum.
Karena ia membuatmu semakin teguh / kuat.
+
Saat bertemu orang yang pernah mengkhianatimu, Baik-baiklah berbincanglah dengannya.
Karena jika bukan karena dia, hari ini engkau tak memahami dunia ini.
+
Saat bertemu orang yang tergesa-gesa meninggalkanmu,
Berterima-kasihlah bahwa ia pernah ada dalam hidupmu.
Karena ia adalah bagian dari nostalgiamu
+
Saat bertemu orang yang pernah salah-paham padamu,
Gunakan saat tersebut untuk menjelaskannaya.
Karena engkau mungkin hanya punya satu kesempatan itu saja untuk menjelaskan
+
Dan Saat engkau bertemu seseorang yang saat ini menemanimu seumur hidup,
Berterima-kasihlah sepenuhnya bahwa ia mencintaimu.
Karena saat ini kalian mendapatkan kebahagiaan dan cinta sejati yang kau cari.
+
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
+
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
+
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
+
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
+
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan
+
+
Belajar dari mama saya ~ Farin, engat belajar sayangi diri sendiri baru belajar sayangkan orng lain nanti kamo akan lebih terluka sebab kamu bagi 100% pada orng yg kamo cinta so, bagilah hanya 80% dan selebihnya simpan untuk diri kamo.. =)

Baik mama! Farin dengar.. =)

Sep 20, 2011

:: erTi idUp ::

kadang-kadang dalam hidup
kita tak tahu aper yg kita cari sebenarnya
kebenaran yg hakiki
susahnya bila terlalu memberi kepercayaan
memberi muka kat orang nie

Hati nie resah memikirkan orng itu, orang ini yg muncul bagaikan chipsmore
Hadir tanpa di undang pergi tnpa di ketahui
kadang2 betul per yg diperkatakan orang
'hidup nie xsemestinya kita kena memiliki pe yg kita nak miliki'
juga
'menyintai xsemestinya memiliki'
dan
ayat yg paling buat hati saya tersentuh
"Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan."

kenapa kan?
kenapalah idup nie kadang2 xadil?
saya xnak aper2 dalam idup saya!
saya nak family saya yg dulu
saya nak life saya yg dulu
itu jer pinta saya!
Ya Allah kau tabahkanlah hati hambamu ini.

Sep 19, 2011

:: Barang Baik ::

Ok! barang paling saya sayang selepas HP saya adelah my new lappy!
Sukanya..
wrna lappy saya pink+itam+putih!
smart kan
xsia2 saya usha semua kedai.

Baru nak ayat mamat kedai tue camni
"saya ade rm500 tapi nak notebook HP ram dia 4 GB"
kihkih
ade nanti aku kena makan penampar kt citu.
hahaa

Finally, saya amik notebook SAMSUNG!'Chumell kott!
xchomell macam saya ok!
chumell macam my niece jer
hehee

saya bersyukur ler dpt laptop nie.
Harga murah jer.
xper! yang penting leh guna tuk buat homework!


2 barang kesayangan saya!

Sep 14, 2011

:: Training Industrial report ::

Mission : Done!
Hoye!Hoye!

tDo jam 5 am bangun jam 8am utk siapkan report!
Haha
Pukul 5 nk kena submit!
pergghh..Nielah aku, bagus kan? 
papehal pun! mujur SV aku sporting!
Thanks En Arif Sulaiman!

Then, thanks yer pada yg banyak bantu buat report nie.
Tapi yang paling saya nak ucap terima kasih adalah pada 'papacat'!
coz banyak tolong saya edit report nie sampai pagi kat kedai JATI at Gambang!
Terima kasih yer awak!
Saya appreciate awak sangat2..

3 high beam utk awak = 3 misscoll utk awak!
hehehe

Oklah kawan2
GooD nitex


Sep 13, 2011

:: Andailah lelaki tahu... ::



Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta.
**lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
**itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah,
**memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
**Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak,
**dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
**itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
**bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada.
**Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai.
**tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
**dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
**jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil.
** tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”,
**dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .
**Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


Sep 7, 2011

:: Bunga Yang Cantik Jarang Harum ::

~Mari membaca mutiara hati di waktu senja~
Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah "cermin" dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?
Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu... setiap wanita berhak untuk cantik!
Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanitaitu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.
Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendekata kecantikan itu bagi anggapan sesetengah orang sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.
Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.
Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.
Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulah misi utama kedatangan Rasulullah SAW – untuk menyempurnakan akhlak manusia.
Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung tanah, budi baik di kenang juga.  Kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.
Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, 'beauty in the eye of beholder'.
Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.
Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah... mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.
Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bilawanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Sejauhmana benarnya, wallahua'lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang, bunga yang cantik jarang yang harum! Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah.
Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada bintang filem barat (di sinipun apa kurangnya), ada yang memporak-perandakan negara, rumah-tangga dan berakhir dengan sakit jiwa dan bunuh diri.
Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.
Bagaimana mendapat kecantikan sejati? Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu pertama, tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan reda. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.
Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat?
Ya, kecantikan akhlak... boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa... tapi peluangnya untuk "cantik" tetap serupa!
~Renung-renungkan dan selamat beramal~

Sep 3, 2011

:: Raya ke4- Kenduri di Rumah mok ngoh ::

Bertahun baru dapat jumpa cousin sendiri!
pergghhh!
sampai kazen sendiri pun dh xkenal!
kihkihkih