Mar 16, 2011

:: kELAKAR XHENGAT ::

:: Fakta Fakta Menarik ::


1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.


2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.



3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya, cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.



4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka.

"Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"



5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu '*** queue' haram dimakan oleh orang Islam.



6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak

kena cabai, cuba la cakap *** kat depan orang tua-tua.



7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.


8. Si Bohsia dan Bohjan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.


9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan. astaghfirullahalazim...


10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. 
Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesel L. 
Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.



11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau2 mati esok. 


:: CARA-CARA COVER MALU ::


 1.Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....

huhu
Ok! Tamat utk arinie.
Jom..
p dating..
byebye

1 : potpetpotpet:

Sikurustegap said...

hahahaha...kondominium..bola keranjang..