Feb 27, 2011

:: Soft Skills II Part 2 ::

Last chapter for Soft Skills II Part 2!

Macam-macam gelagat rakan2 bile dgr ceramah yg agak membosankan..
Tpi.. slot paling best Pn. Haslinda.!
xterlepas even 1 seconds!
+
+
Borang Penilaian Penceramah
Didi & azreen.              Mim lak mem msj..
Apai Men msj dgn suami tercinta.        Sya lak baca novel bwh meja
  Sue men msj/dgr lagu                   Zura men msj ngn pakwe
  Ain Lak duk amik pic sendiri.. =)                Oshie Makan!               AKu Lak mengelamun
 Hajar & Nana dok borak!             Lastly, Hajar ko tido???
  Maz... Makan jer tau.. hahaha
  Penceramah best.. Pn. Haslinda.. ngn demo tntang mengurut.

That's all.. gelagat rakan2 tersayang saya sepanjang soft skills 2 part 2.
Ade yg mengantok! Bosan! Funny!
But.
For my opinion, terbaek rr if that speaker is a funny person & have a sense of humor.!
So! xdek lah saya sempat tertdo dalam masa 10 ke 15 minit.

So! That all for today.
Time to study Geotech.
Nitex kawang tercinta.. Sleep tight oK!

Feb 26, 2011

:: Soft Skills II Part 1 ::

Soft skills sepatutnye start 8.30am but pagi tdi Aku, Ain, Yoh, Mim, Yoh dikatakan dtng lmbat!
Rupanye start 8am.. ade taklimat upanya from Staff UMP.
So.. sampai je terus amik attendance& amik meja & kerusi masing2 terus kena duduk depan sekali buat 1 barisan! Waktu tue tebal gak r muka. tpi mujur r set2 aku yg lambat 10 orng. ahaha
Sedikit TONGENG di situ!

Dahlah sampai lambat. Sempat lgi bersnap!
Pas puas bergmbar kami mkan coklat, biskut, jajan smbil dgr taklimat.
+
+
+
Snap again!
  And again!
 And! wow! handsome syiaall....
 me with Ain 
 Only me Without U
 Attendance have 3 okay! & lastly... jajan... ade coklat, biskut & Air yang wajib ade utk hilangkan ngantok!

:: Barisan pelajar mantops from left is Maz, Zura, Sue, Sya, Yoh, Aku, Ain, Hajar, Nana, and Mim ::

p/s dari penaja : Kalau nmpak kawan awk tdo jgn kejut coz dia tgh 'kusyuk' dgr taklimat.

:: Berhati2 after melawat Orang meniggaL ::

Assalamualaikum... Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah... Beringat sblm kene... ingatlah orang tersayang.... please take note of this for our on good.... org tua-tua used to say.... bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah...katanya). Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.Terima kasih dan saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal. "

P/S: Aku Xpasti kebenaran cerita ini, saje nak share. Mungkin sebahagian adalah benar, sebahagian pula fiksyen semata-mata. Jika Cik Man bukan manusia, pasti beliau adalah Jin Islam. Wallahu'alam..

Feb 24, 2011

:: Lawak b4 tdo ::

AHAHA
Gambar sekadar hiasan
------
+
+

MALAS KE SEKOLAH

Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur.
Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim...Salim...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak... Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik... Salim berikan emak dua sebab mengapa 
Salim tidak mahu ke sekolah. 

Salim: Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang! 

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah. 

Ibu: Eh...eh...bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah berusia 
lima puluh tahun. Kedua Salim PENGETUA SEKOLAH!!!

----------------------------
THANK YOU SEVEN

Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang baru je pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti ; ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye

Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.

Pemuda ; ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati.
Mat salleh ; Oh, I'm sorry
Pemuda ; It's ok, never min. Thank you.
Mat salleh ; Thank you too.
Pemuda ; ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three.
Mat salleh ; ( hairan ) what for?
Pemuda ; ( four..four hmm five ) thank you five.
Mat salleh ; Are you sick?
Pemuda ; ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye .
Mat salleh ; ( bingung )

---------------------

SURAT CINTA

Timah ingin putuskan hubungan dengan boyfriend omputihnya melelui surat. Suratnya berbunyi begini:-

Hi,

My motive write dis letter to giv know u something. I want to CUT CONNECTION us. I saw u PLAY WOOD THREE in front my eyes. So, I break connection to PULL MY BODY from dis luv. I hav think about dis very COOK-COOK. I know I CLAP 1 HAND only. I don trust u again! U are really CROCDILE LAND! I don want u to PLAY-PLAY with my LIVER. I hav been crying until no more eye water. I don want BANANA TO FRUIT 2 TIMES. SAFE WALK!

The true,

Timah

Terjemahan ayat Huruf Besar:

CUT CONNECTION - PUTUS HUBUNGAN
PLAY WOOD THREE - MAIN KAYU TIGA
PULL MY BODY - TARIK DIRI
COOK-COOK - MASAK-MASAK
CLAP 1 HAND - TEPUK SEBELAH TANGAN
CROCDILE LAND - BUAYA DARAT
BANANA TO FRUIT 2 TIMES - PISANG MASAK 2 KALI
SAFE WALK - SELAMAT JALAN

Feb 23, 2011

:: My HearT WiLL bE Go On ::

Every night in my dreams 

I see you. I feel you. 
That is how I know you go on. 

Far across the distance 

And spaces between us 
You have come to show you go on. 

Near, far, wherever you are 
I believe that the heart does go on 
Once more you open the door 
And you're here in my heart 
And my heart will go on and on 

Love can touch us one time 
And last for a lifetime 
And never go till we're one 
Love was when I loved you 
One true time I hold to 
In my life we'll always go on 

Near, far, wherever you are 
I believe that the heart does go on 
Once more you open the door 
And you're here in my heart 
And my heart will go on and on 

There is some love that will not 
go away 
You're here, there's nothing I fear, 
And I know that my heart will go on 
We'll stay forever this way 
You are safe in my heart 
And my heart will go on and on

Feb 22, 2011

:: AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT ::

~ ReNungaN BersaMa Di TenGaHari ~
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. 
Tak gamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. 
Hati² apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. 
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". 
Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu..

Wa'allahualam

:: A Lot LiKe Love ::

--------------------------------------------------------------
a single broken fork,
a couple of plastic cups,
lots of crumpled paper
and you start to realize
that they’re all just clutter…
yesterday, they’re needed;
now, they’re useless.
and you squint at the same thought
because it’s a lot like love,
where one is left behind –
broken and utterly
useless.
-------------------
+
+
Yes! ronda2 jumpa cincin couple.
so sweet! I wanna to get it!
Pusing-pusing, jalan-jalan.. jumpa ini!
wah! comelll..... 
Sweet kan that pillow.!

muahmuahmuah!
sweeet!


Feb 20, 2011

:: SaNDaL NiKe ::

mahu Kamo! Mahu Kamo! mahu kamo


Plz... Nak jugak! nak Jugak!
Sedih try kt butik nike xdek size. nape xdek! bongek!

:: SaMaN ::

Jom cek saman dgn JPJ



p/s : sabar tau lau kena saman even yg jalan kaki pon kena tau... winkwink
kamo kah?

Feb 19, 2011

:: Fight ::

Sweet. Nak gaduh mcm ni buleh?
Gaduh! sesiapa pun pernah bergaduh. Samada gaduh dengan kawan sebilik, kawan serumah ataupun semasa bercinta. Ada apa dengan gaduh? Ada baiknya kita bergaduh. Ada juga kesedaran diri untuk diri masing-masing. Tanpa bergaduh takdalah masam-manisnya. Kadang-kala pergaduhan juga membantu menambahkan keeratan setiap perhubungan. Peace!!!
Kawal Emosi – “Chill lah!!”
Cuba kawal emosi kamu dengan cara menenangkan diri sebelum mengambil tindakan. Selalunya orang perempuan dikaitkan dengan emosi yang berlebihan. Cuba bertindak bijak dan jangan tunjukan perasaan marah atau perasaan tidak puas hati di depannya. Sekurang-kurangnya kamu tidak cuba menjadikan keadaan lebih keruh walaupun ketika itu perasaan marah membuak-buak di dalam dada.
Pukul! Belasah! cayalah...
Jangan Cari Pasal – “Ko apehal tak puas hati!”
Dalam sesuatu perhubungan perlu ada tolak ansur. Berbincang bersama-sama sebelum melakukan sesuatu adalah sesuatu tindakan bijak. Namun perlu diingat jangan cuba mencetuskan sesuatu dengan alasan tidak sengaja hendak mewujudkan pergaduhan di antara kamu.

Jujur dan Saling percaya-mempercayai – “Saya percaya awak”
Dua perkara tersebut begitu penting dalam hubungan persahabatan ataupun percintaan. Malah ia menjadi begitu penting apabila kamu telah berkahwin atau menjalinkan komitmen. Bersikap jujur dan percaya kepada si dia adalah kunci utama untuk mengukuhkan hubungan kamu. Jika dua perkara tersebut tidak ada, tunggu sahajalah keruntuhannya.

Berterus-terang – “Saya mengaku berjumpa dengan kawan lama saya Rina Aritu”
Ia merupakan jalan terbaik dalam sesebuah perhubungan. Tidak berlindung tentang sesuatu perkara adalah lebih baik daripada kamu merahsiakannya dan dia mendapat tahu daripada orang lain. Bercakap benarlah walaupun ada kalanya pahit untuk menerima kenyataan.

Bersikap Terbuka – ” It’s okay sayang, I tak kesah pun”
Ini penting untuk mengekalkan sesuatu hubungan tersebut. Jangan terlalu ambil serius mengenai sesuatu yang tidak begitu penting. Pandang sesuatu perkara secara positif dan keadaan ini boleh mengelakkan daripada timbulnya sebarang masalah.
Jangan Ungkit Perkara Lalu – “Aku tahu ko pernah mencuri kan?”
Kamu tidak sepatutnya mengungkit perkara lalu. Biarkanlah is berlalu tanpa perlu membongkarkan segala kisah silam. Bimbang is hanya akan merosakkan hubungan yang sedia terjalin.

Jangan Bandingkan Dia – “Ko ni sama je dengan Bobo, busuk perangai macam kambeng!”
Jangan sesekali kamu bandingkan teman kamu dengan orang lain. Kamu perlu tahu bahawa tidak ada seorang pun yang suka dirinya dibandingkan dengan orang lain. Perkara ini jika tidak dikawal, hanya merugikan diri kamu sendiri.

Buang Sikap Ego – “Aku rileks je”
Setiap orang ada rasa egonya yang tersendiri. Namun ia perlu dikawal. Tidak kemananya ego kamu itu.
Jangan Sikap Mengongkong – “Pergilah kalau tak kau akan menyesal!”
Ini selalu berlaku kepada mereka yang sedang bercinta ataupun adik-beradik. Kamu tidak berhak untuk memonopoli dia. Biarkan dia berbuat apa sahaja apabila dia tidak bersama dengan mu. Dia juga berhak untuk menikmati masa terluangnya sendiri atau bersama-sama dengan teman-temannya. Begitu juga kamu. Ada kalanya kamu mahu bersendirian dan tidak mahu ditemani sesiapa. Cuba fahami diri orang lain sebagaimana kamu mahu orang lain memahami diri kamu. Tetapi kamu perlu pastikan dia selamat dan pandai menjaga diri. Jangan buat dek plak!!

Setia – “Syukur alhamdulilah, aku tak pernah curang”
Ini juga untuk mereka yang sedang bercinta. Jangan sesekali berlaku curang terhadap temanmu. Setia perlu ada untuk mengukuhkan hubungan tersebut. Jika tidak sudah tentu kamu akan bertukar ganti pasangan bagaikan menukar baju. Jangan sampai diri kamu dianggap ‘murahan’ dan senang dibawa ke sana sini oleh sesiapa sahaja dalam satu jangka masa yang singkat.

----
Mood : Malam nie sangat2 xstabil coz saya gaduh ngan my brother.. Pasnie, xpe.. saya balik rompin saya akan nek keta sendiri xyah nek keta orng dah. malas nk susahkan orng..

Tengking xtentu pasal. Engt saya nie ape... Nak belasah kite hanya perkara kecil. Mujur adik & mama ade tolak dada dia.. Lau x tahu pe jadi ngn saya..

إستغفار
+
+

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah sholallohu ‘alaihi wa sallam :

"(Ya Rasulullah) nasihatilah saya. Baginda bersabda : Jangan kamu marah. Beliau menanyakan hal itu berkali-kali. Maka Baginda bersabda : Jangan engkau marah. "

Feb 17, 2011

:: Crazy Month :

arrgghhh..
Assignment + Assignment + Assignment
Giler!
Project + Project + Project
Mati!
Test+Test+test
PengSan!
Couple+Couple+couple
Trouble!

Tiada masalah yg xdapat diselesaikan!
Bergantung kepada kite smaada dapat atasinye atau tidak.
Saya! saya! Saya!
Mestilah mahukan yang terbaek!
Tapi!
Tapi!
Tapi!
Kenapalah saya nie malas nk study!
Adus! Esok nk hntr assignment Environment Barulah on time sibuk nk cari maklumat.
Tapi.
Alhamdulillah..
Xsia2 saya practikal kat JBA masa saya amik Diploma dulu.
Coz Water treatment plant ade dalam buku LI saya.
huuraayyyyy.
Just copy & paste!
Ade bagus x..!
hahahhahahahahahaa

Idup nie simple ajer. Jangan cuba merumitkan benda yang asalnye tiada.
Study. Cukuplah study smart jgn study hard.
ahaha
Bercinta. Cukuplah ade kamo!

Sekarang saya sibuk utk membusykan diri dengan buat kerja2 yang buleh buat saya lupa chipsmore sya.
huhu
kerana ape!
Kerana utk kebaikan dia & si dia. Saya cuba even saya kecewa+sedih+frust coz bagi saya cinta itu terlalu suci&indah.
Tapi.. kite kena belajar utk hidup tanpa si dia.
cukuplah saya ade family & friends.

Kenangan saya & dia. susah kott nk lupa.
1 ari wajib saya engt dia.
dalam hati saya pk 'dia tdo nie waktu nie' 'dia otw p kejer ni' 'dia kejer malam nie'
Dia itulah dia inilah.
But! sedih bile dgr lagu for the rest of my life.
aarrghhh
MENYAMPAH!

pe kes aku engt orang yang xengat aku!
kan!
xpe farin, xpe. satu ari nanti bile orng yg dia terlalu sayang tipu dia & tinggalkan dia camtu jer. Dia akan engt setiap pembalasan atas muka bumi ni Allah akan balas CASH!
Ade Faham!
Cukuplah. ati nie menangis. xperlu beriya2. cukuplah saya dapat tenangkan dada yang berombak kencang saat hati ini telah kau lukai.
Salam sayang buat kamo!
meskinpun diri ini dibenci.dilupai Percayalah disudut hati nie masih ade kamo.
Moga kamo berbahagia disamping dia&dia yg kamo cinta+sayang.

"Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama."

Feb 16, 2011

:: Segamat::

15 Feb 2011

Yeahhh.. Shopping & jalan2 dia Segamat wit Mama, La & aisy baby..

Dpat baju kurung.. Cantik.. sweet.. awesome!
Wah!
Seriously.... harganya sgt berpatutan & baju tu cantik.. ade 2 kaler oren+hijau. 
Then, ade sulam2 kat bahagian dada..

Pastu, p Mrsm Muadzam.. smbut besday Aliaa ( adik bongsu ) yang ke 13 tahun..
Sedikit kurus dia disana.. =) 

Hepy Besday adik ke 12 tahun ok!

Hadiah dh bagi kan.. teddy bear besar punyer.. =)


Feb 15, 2011

:: Salam maulidurRasul 1432H ::

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

"Semakin jauh perjalanan semakin dekat kematian, semakin bertambah bebanan semakin kurang pula keupayaan. hanya iman dan keyakinan mampu mengayuh roda kehidupan.Penuh ketenangan merempuh ujian. Tuluskan dengan Tuhan, teluslah sesama insan. Tetapkan nawaitu yang baik..."

~ Salam maulidurRasul 1432H~

Feb 14, 2011

:: Moga Ketenangan Milik aku dunia akhirat ::

.:: Izinkan Ku Pergi ::.



sinaran mata cerita segalanya 
duka lara terpendam memori semalam 
tinggal segala cinta tiada kembalinya 
abadi kasih kita kau bawa bersama 
mimpi indah mekar saat cinta bersemi 
sedetik asmara syurga selamanya 

pergilah rinduku hilangkan dirimu 
tak sanggup menanggung derita di kalbuku 
pergilah sayangku bermula semula 
semangat cintakumembara kerana dia 
tiada niatku 

tersemat jiwa setia bersamanya 
cinta murni berdua beribu tahunnya 
mimpi indah mekar saat cinta bersemi 
sedetik asmara syurga selamanya 

pergilah rinduku hilangkan dirimu 
tak sanggup menanggung derita di kalbuku 
pergilah sayang bermula semula 
semangat cintaku membara kerana dia 
tiada niatku 

oh..pergilah sayangku bermula semula 
semangat cintaku membara kerana dia 
tiada niatku 

maafkan daku duhai kasih 
Izinkan ku pergi

Feb 13, 2011

:: 12 Feb punyer citer ::

Awal2 dah bgn pukul 7am.. Tapi bgn dok ngadap laptop.
Pukul 8 lebih aku mandi, coz nk siap2 p termerloh utk Majlis kenduri kahwin ( Yam&Anol ) wit La & Yoh.
Yang penting aku p ngan Hafiz coz aku tumpang keta dia.
Lau dia xdek, xtahu nk p ngan sape coz Jalan ke Triang mmg bahaya.
Papa xbagi aku drive p sana.

Pukul 10am dah gerak p sana,
Yang paling malang otw pg amik masa 4 jam coz terpaksa patah balik coz kitaorng exit kat karak.
So..... terpaksalah patah balik p temerloh.
Dalam keta smpat snap pic smbil hafiz dok sebelah senyum jer..
huhu

Pukul 2pm sampai sana. Perjalanan yang sgt3 jauh.
Nek histeria kami dlm kereta.

  Raja Nursyakirah (adik)        Anol&Yam. then..it's me 

Pukul 3 setgh kami pulang.. sampai ump pukul 5:45pm.
Sekejap jer bila pulang. huhuhu


Sampai bilik kami xtdo..
Pukul 9pm saya & kawan2 kuar p makan & lepak kat Pantai Batu Hitam.
Kami bergambar sakan.
jom Layannn.................................
+
+
 
  
 
  
   

TaMaT