Sep 1, 2010

:: Seks, Punggung dan Kesihatan ::

Wah... amacam.. tajuk entry kali nie...

Jom tgk pe dia yg berlaku...
Aku nk kongsi ngan korang pe yg baru aku baca tdi..

sperm

 Inilah super hero saya.. hahhaa.. Namanye En. Sperma.. hikhik


Menurut sebuah kajian, dua sesi seks dalam seminggu dapat mengurangkan risiko sakit jantung pada lelaki.


Seks dua kali seminggu membuat lelaki lebiH sihat


Dalam kajian yang melibatkan lebih dari 1.000 orang lelaki ini, para saintis mendapati bahawa seks ternyata memiliki efek perlindungan pada jantung laki-laki, tetapi mereka tidak menyemak apakah seks memberi manfaat kepada perempuan juga.
Laporan kajian juga menunjukkan lelaki yang kerap melakukan seks mempunyai risiko kebarangkalian untuk menghidapi serangan jantung merbahaya adalah 45% lebih kecil daripada mereka yang melakukan seks sebulan sekali ataupun kurang.


Wanita punggung besar kurang risiko sakit jantung


Satu kajian kumpulan penyelidik UNIVERSITI Oxford di Britain mendapati wanita yang memiliki punggung dan paha besar kurang berisiko diserang sakit jantung dan kencing manis, lapor sebuah akhbar semalam.
Kumpulan saintis itu menyatakan lemak punggung dan paha boleh mengurangkan kesan protein cytokine iaitu penyebab keradangan dan arteri tersumbat.
Ia berbeza dengan sel lemak di bahagian perut yang dikaitkan dengan penyakit jantung dan diabetes kerana ia mengandungi cytokine yang tinggi.
Lemak punggung dan paha turut mengandungi sejenis hormon bagi melindungi salur darah dan bertindak mengawal kandungan gula dalam darah serta mempercepatkan pembakaran lemak.
“Lemak di sekitar punggung dan paha berbeza dengan lemak di perut. Terdapat lemak yang baik dan buruk sama seperti kolesterol berfaedah dan kolesterol yang berbahaya,” kata ketua kajian tersebut, Dr. Konstantinos Manolopoulos.
Menurutnya, selebriti berpunggung besar seperti Jennifer Lopez (JLo) dan Beyonce merupakan contoh ikutan lebih baik bagi kesihatan wanita berbanding model yang kebanyakkannya bertubuh kurus dan kurang kandungan lemak seperti Kate Moss. – Agensi

Oklah... teet!! tamat sampai disini sahaja...

0 : potpetpotpet: