Aug 31, 2010

:: Tips dari Dr. Fadzilah Kamsah ::

Tatacara makan & minum

Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa
Insya-Allah, Allah lipat gandakan rezeki.

Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak
sepanjang tidur, otak akan generate kan all of our wish & Insya-Allah,
kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.

Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner
ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vitamin C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.

Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast,lunch & dinner).
Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk
yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan.
Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus
sebab air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut,
& so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.

Seelok2nya makan malam sebelum maghrib
ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan ramadhan saja
ie masa maghrib), sebab, bagi yang tegah study (or anak2), otak akan berfungsi excellently
(senang absorb ilmu) around 2 hrs selepas makan so, if makan at 8:30pm,around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tegah malam saja, jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dalam kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

Tatacara di bilik air

Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit)
boleh elak daripada dapat batu karang

Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri
ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar

Tatacara didik anak

Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajar anak
(baby) tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung (yg terletak sblh kiri)akan
lebih “lapang”/”lega” dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak
anak akan develop excellently.

* Bagi anak2 yang dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jangan)
pakaikan baju warna orange
sebab warna ini boleh terangsang secara actifnya tindak tanduk anak

Tatacara didik diri sendiri

Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.

Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg negatif
emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline,
cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut & etc

Ada 3 kategori manusia :-

1. BERJAYA: Hari ini lebih baik daripada semalam
2. TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
3. CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita” Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it’s good if we can remind each other because in Rasulullah’s last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on that day) shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better that those who listen to him directly…

p/s :Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses.

:: MerdeKa ::

Selamat Hari kemerdekaan yang ke 53 thun..


Manusia sekarang semua pentingkan duit.. hahahaa

Ni sajak merdeka utk korang.. :

Rumah Usang

Kata orang negara itu tanah, air, angin, gunung, hutan, sungai dan lautan;
Tapi sebenarnya,
Negara itu rumah,
Dan rakyat ahli keluarganya…
Mungkin rumah kita ini sudah usang,
49 tahun usianya, dan ada yang bertanya
Apa perlunya diagungkan rumah yang usang?
Barangkali kita lupa,
Zaman kita dibodohkan oleh british,
Kata-kata manis, taburan janji,
kita dihina di tanah sendiri.
Mungkin juga kita lupa,
Pada kemarau yang dibawa
Dari terik matahari jepun.
Kita menjadi abdi ditanah sendiri,
Betapa peritnya bila difikirkan kembali.
Dan kita terlupa,
Setelah terbenam si matahari,
13 malam kita lalui,
Gelap gelita semuanya,
Yang kelihatan, hanya 3 butir bintang,
Dari sinaran itu, Seribu derita seribu bencana kita merasa,
Hanya dari 3 butir bintang…
Mungkin benar, rumah kita sudah usang,
Tapi dirumah usang inilah segala mimpi menjadi nyata,
jangan kita lupa,
Rumah usang ini dibina dari darah keringat,
Air mata dan derita.
Kata orang, melayu mudah lupa,
Tapi sebenarnya,
Melayu, Cina India,
Kita semua memang mudah lupa. 

Pencipta : aku talak tahu..
hahahaa



Teet!!!!!..... tamat utk ari nie.

Aug 30, 2010

:: RinDU siot.. ::

Ya Allah.. mmg lama kot aku rindu kat dak kecil yg bergigi jarang nie..
lama xjumpa.. Sori lah aisy baby.. cek cik bz lah byk paper..
t cek cik hadiahkan aiskrim minggu nie k..


aku rindu sgt kt dak kecil nie.. mulut yg xhenti2 membebel..
Oh.. lupa nk ckp.. dia adalah girl.. bukan boy..
huhuhuu
Raja Nur Lailatul Aisy Binti Raja Azlan Muhibudin..
perh.. penat ler nnti dia kena tulis nma dia dlm buku waktu sek. nanti... hikhik

k,lah.. tataa

Aug 29, 2010

:: Lagu kakanda adinda-atillia dan monologue ::

 Oh kekanda jangan iri hati
Dinda naik pangkat lagi
Oh adinda kanda mana dengki
Malah kanda support bini
Jadi dinda mahu mengambil masa
Tapi kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi kanda mahu cahaya mata
Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Oh adinda tolong jangan lekas curiga
Lekas cemburu buta
Oh kekanda dinda perlu berhati-hati
Tak rela dikongsi
Kanda kerja overtime terlebih masa
Itu yang dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan dinda atau sebaliknya
Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Oh adiwira dewataku
Mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja intan permata
Mari ikut cara kanda
Bagaimana bagaimana kita nak selesaikannya
Apa keputusannya
Oh kekanda mari nyawa
Kita cuba komunikasi
Oh adinda mari sayang
Kita cuba toleransi
Walau kita janji sehidup semati
Kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi sikap toleransi
Itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang perdana
Dinda yang utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya

Aug 28, 2010

:: Shopping Bju raya ::

Helo... selamat tghari.. & selamat berpose..
urm.. korang dh beli baju raya dah..? saya dh pown beli baju raya..? raya awl lgi ker beli baju raya??
urm.. tema utk thun nie warna biru laut..
baju raya saya wrna biru kuning..

nak tgk..? t lah saya tunjuk baju raya saya time raya nnti k..
ehheee

 Nie b4 g beli baju raya rr.. nie bukan baju raya saya..
eheee..

peace...

hehee...

t nk shopping lgi.. byk benda nk beli nie. nak beli kasut, & nak wat rebounding.. huhu


Aug 27, 2010

~Hampir Di Rogol.. ~

Kisah benar dari US. Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini telah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar.

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. 

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya. 

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. 

Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain). 

Dia pun tanya perogol itu "Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?" Perogol tu jawab: "No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim." 

Saudari ni rasa amat terkejut dan terkesima bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu. 

MORAL CERITA INI: 


Kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya. Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalulah amalkannya. 

Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level 'iman' kita sekarang ini. Wassalam. 

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin 'Amr r.a.] 

"Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yang sedang sengsara di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta di seluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuhMu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka. Amin, ya Rabbal 'Alamin."

:: Air tangan ibu ( mee kari)::

 Jam 4.00 pm otw ke Polisas amik adik yg ke4 ..
per? nk p mana?.. Lor.. nk p balik Rompin lah.. first time nie nak buka pose sama family tercinta...
Pukul 5 dah gerak from kuantan.. dlm perjalanan mind aku asyik engt.. mee kari jer.. aper lagi 120km/j aku drift.. haha..
pukul 6.40 smpai umah.. per lgi bunyikan hon rr tanda anak2 perempuan dia dh sampai.. tgk2 ops... engt mak aku.. rupanye adik bongsu aku dok cegat dpn umah... 
ok lah....
+
+
MEnu ari nie mama masak mee kari...
urm.. dap.. nyummy..nyummy...



Dap giler... nak thu x brp kali aku tambah...
ohh... semestinyer 3 pinggan aku tambah... hahhaa
bab cakap adik aku..
'kak yen makan macam bela hantu raya'.. oh.. dear.. watch out ur mouth.. haha

Bile papa tgk mama masak byk sgt mee kari.. papa ckp saper nk hbskan.. terus adik aku cakap,
"kak yen lah hbskan'
wah..wah.. nak bagi badan aku gemok ker..? xcukup dgn perut buncit aku nie...? huhu

tpi.. kekenyangan giler rr.. ye rr mana xdap.. air tangan ibu...
lau nk tunggu air tangan aku lmbt lagi rr. ade terbakar dapur.. hahahha

oklah... selamat berpose... sgt kamo semua ketat2..

Aug 26, 2010

Menyesal tanya....

Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung..
Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya...

Lelaki tua : "Siapa disini yang ada burung?
"Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri. Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah
"bukan itu maksud saya" Lalu di ajukan soalan yang lain..
"maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?
"Maka seluruh penduduk wanita berdiri. Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah padam dia menyambung
"maaf, bukan itu maksud saya" Sekali lagi dia cuba bertanya
"maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya?" Separuh penduduk wanita berdiri. Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi...
"maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah,siapa yang pernah lihat burung saya?"
Lalu... Isteri lelaki itu pun pun berdiri....dan seorang wanita yang lain,maka kali ini merah padam pula muka si isteri, lelaki tu pun cabut lari.......menyesal tanya............

Haha... mengong kan...

Aug 25, 2010

:: Minggu Exam ::

Wah... Semalam & Ari nie..
direct paper.. utk First test.. perh.. minggu depan paper R.C design..
Paper killer bagi aku.. mmglah aku penah amik masa study kt poli dulu.. tpi paham2 lah.. R.c kali nie lebih mencabar apabila belajar dgn lec.. yg berlainan..
huhuhuu

Waktu nie kelas RC.. ade masa lagi nk amik pic.. huhu.. nie mknanye.. saya xpaham!!
huhuhue.
Nie... terus tdo.. so terus member tembak kepala.. hahha.. itu tgn ain.. uishh.. kacau saya nk nek ke bulan...

 Oklah... sape ckp nie pic salah hah.. bagi saya btul per... sebab meniru adalah salah satu usaha gak..
hahhahaa
Usaha tangga kejayaan
xkisahlah usaha meniru ker.. mencopy ker...
yg penting usaha....
huhuu


Aug 23, 2010

:: Saya mahu Sony Ericsson ::

Urm xsampai sebulan saya pakai hp sony ericsson J105i...
tpi dihati saya nmpak hp sony ericsson yang len.. 
adus... ingin hatiku memilikimu tapi apakan daya..
"duit xada tapi hati mahu handphone"
"apa daya ku.. aku bingung"
minta pada ayah, minta pada ibu
aku... malu..
 di atas adalah lirik lagu ok.. tpi dh diubah suai ikut cita rasa aku...
hahaa
+
+
+
Nie hanphone sekarang.. baru sebulan pakai.. murah jer okes.. saya xmampu nk beli mahal2.. huhu

+
+
+
tpi..... saya mahu hnphone ini..
sony ericsson experia x2


belanja lah saya... belanja lah... adus...  huhuhu

Aug 22, 2010

:: shopping time & Jalan2 ::

Nie pic waktu len sebenarnye... huhu.. saje nk tunjuk girl bercap+bertudung.. huhu
idok ler gtu gamoknyer nk kuor pakai cap ngn tudung.. huhu

oklah.. nie pic mlm tdi.. pic aku, mim & ain.. selalunyer kami ber4 tpi mlm tue Ain balik kampung.. so aku pown jengjalan ler utk release tension di Pantai Batu Hitam @ beserah...

Jom layan sat..












Aug 20, 2010

:: Temani aku wahai lagu ::

Gio ~ Bila Cinta (OST Lagenda Budak Setan) 
Bila cinta kini.
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan


ampa
Ku ditinggal senja
Malam menghampiri
Sendiri ku sedang menanti
Segera oh angin sampaikan rinduku
Terlupakah kau pada janjimu

Ketika bersama rindu bergelora
Perpisahan menikam jiwa
Kau pandai mengusik kau pandai menggoda
Kini diriku yang kau tinggalkan begitu saja

Apakah ertinya ucapan manismu
Kau merinduiku
Mungkin hanya aku
Yang membiarkanmu menipu diriku

Biar luka menyiksa jiwa
Biar kasih tak kunjung tiba
Kerna pada hakikatnya diriku kau persenda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...

Di malam yang sunyi
Sepi menyendiri
Ku hulur dan menyusun jari
Ku pohon kau ubatikanlah rinduku
Bayangan kasih dalam mimpiku
Menikam kalbu...

Apakah ertinya ucapan manismu
Kau merinduiku
Mungkin hanya aku
Yang membiarkanmu menipu diriku

Biar kasih menyiksa jiwa
Biar ku yang mengemis cinta
Kerna dari sejak mula
Diriku yang tergoda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...

Oh... oh... oh
Untuk Selamanya
Andainya ku pergi
Usah disesali
Kerana ku sangsi
Adakah cinta masih di sini

Andainya kau tahu
Ku mencintaimu
Ku pasti dirimu
Tak akan tega melukaiku

Sampai bila akan begini
Menyimpan rahsia hati
Relakanlah aku pergi
Walau cinta masih di hati
Dan airmata menemani
Langkahku yang semakin tak pasti
Membawa kelukaan ini

Bila sampai waktu nanti
Ku harap kau kan mengerti
Mungkin bahagia atau derita
Takdir ku terima

( ulang 2X hingga akhir )

Tuhan tunjukkanlah
Cahaya kebenaran
Kenangan bersamamu
Kan bersemadi
Untuk selamanya 

:: tragedi di bulan pose ::

Dah brp ari aku xsentuh nasi.. 1 butir aku xmakan.. xdek selera rasa.. hidup aku bertemankan air 100plus & ubat tahan sakit jer sekarang.. 
Malam yg buat aku rasa hepy bile aku ajak ain & yoh g parking kereta kt atas sekali kt ecmall tempat yg sunyi pukul 10.30 pm hinggalah 12.00 am..
aku baring atas kereta kt depan & mata aku memandang bulan.
waktu tue aku tgk bulan separa.. mcmtue lah hati aku.. separuh..
aku tenang smbil lyn lagu & air mata aku mengalir utk kali kebrpa pun aku tak thu..
yg penting hati aku dah sakit..
sakit sgt2.. rasa orng tikam hati aku ngn besi tajam..
Ya Allah knplah aku xkuat hadapi nie semua..

Mujur xterjun dari atas nie..
dari atas nie lah aku jerit kuat2..
mata aku yg seperti mata katak.. besar sgt3.. bengkak..

Aug 19, 2010

:: Sejarah LaLu ::

hARI yang paling serabut dalam hidup aku..
xpenah aku jadi mcmnie.. knp aku Ya Allah.. terlau banyak, hebat dugaan yg aku dapat..
 Jam 12.25 am aku drive ke highway LPT sorang2.. nangis esak2 aku dalam keta.. aku xtahu kemana destinasi aku waktu tue.. sampailah aku berhenti kat tepi highway dlm gelap aku nangis kt dlm keta.. aku jerit kuat2..
sampailah aku rsa ketar sgt lutut aku & dengupan jantung aku hanya Allah yg tahu betapa hancurnya hati aku kerana Kamo!
Ya Allah ampunkan aku Ya ALlah kerana mengmbil tindakan yg paling bodoh dlm hidup aku bile mlm tue aku minum air coke dgn ubat tdo 4 biji.. esok aku ke kelas RC design pukul 8 higga 10 am dlm keadaan mata yg bengkak.. dalam kelas aku nangis.. aku xtahan.. xsanggup terima nie semua.. dahlah dalam masa yg sama mama sakit lgi.. knp aku Ya Allah..
Jam 10 am terus aku balik bilik & tido dlm sedu tangisan.. sampailah aku terjaga & bile aku tgk gmbar tue aku xsedar dlm masa yg sama aku cari pisau Yoh & xjumpa tpi yg aku jumpa pisau jilis.. terus aku tores2 tgn aku.. Aku xtahu knp aku buat.. knp aku jdi mcm tue..
mybe hati aku terlalu sakit..

Aku redha dgn per yg terjadi & pasrah.. 
Sampailah kawan aku Ain call coz tkut per2 jadi kt aku terus dia ponteng kelas & g kt aku tgk2 tgn aku dh penuh dgn kesan toresan.. jam 2 aku siap2 nk ke kelas & aku kena tampar ngn mim cozbuat mcmtue.. aku xthu nk ckp per.. tpi aku rasa aku puas bile wat cmtue. aku thu aku xptut.. tpi aku terlalu serabut & tension! aku benci ngn hidup aku..

Penuh bilik aku dengan ain, yoh, mim, azreen, milah, & malini tgk pe yg jadi..
pastu diaorng hntr aku g lab coz xbgi aku drive takut aku g lain..
tpi mmg niat aku nak pgi lain.. aku xnak ape2.. xnak sape2.. Xnak dia dah dlm hidup aku..

Aku minta maaf kt korang2 coz buat korang risau.. 


Aug 16, 2010

:: sERam 18sx.18pL. ::

 Ya Allah nak termuntah rasa tgk 1 blog nie..
kalau korang rasa korang berani layanlah... kalau tak tak berani jangan lah layan.
betul2 mencabar minda+otak
buwekk
buwekk

Aug 7, 2010

:: MaLam BbQ bersama Family tercinta ::


Mmg best giler.. makan, makan, makan itulah Kerja yg paling best dlm hidup aku. seronok bangat dpt mkn... perh.. da giler papa beli ketam, ayam, daging, ikan pari & benda paling aku xsuka makan kerang... huhu..

says no to KERANG..

Malam nie lak semuanya balik kecuali kak nis coz duk jauh ngan family tersyg dia @ gua musang Kelantan..
So yang ade Abg LAn, kak efa, aisy baby, aku, syakirah, aliaa & mama,papa.
yg paling aku tahan semuanyer dh stop mkn aku lak yg still lgi duduk di kerusi mengadap ketam & ayam.. dap giler..
Sampaikan aku jerit kat mama nak nasi.... pastu leh lak mama cakap 'dah2 lah farin, 4 pinggan dah ko mkn, mama takut ngn kamo nie.. mcm bela Hantu Raya.. hahaa"
pastu aku cakap 'nak ayamm... ' adik aku cepat2 wat lari ayam coz takut aku mkn lgi.. ntah lah per nk jadi tah ngn aku nie..
maybe aku tension kot, & aku pun rasa dahaga lalu amik gelas di sebelah kanan n teguk.. 
tiba2 lak rasa panas di bibir.. perh.. aku g amik kelas yg de lilin lah.. haha
( kejadian nie dilihat papa)
per.... papa hanye ketawa jer.. haha
aduss.. per da.. mujur xterbakar bibir aku yg dh tersedia mmg gelap nie coz ikut ayah.
huhuhuuu
oklah.. mata pun dh ngntok..
nitez uolls..
gracias...

Aug 6, 2010

:: Aku sebagai Fashion Designer ::

kenangan semalam, bertarikh : 5/8/10


Huhuu.. tajuk yg buat orng len muskil sebab aku student engineering..
sebenarnyer... arinie aku p kuantan.. teman mama g medical cake up kat HTAA kuantan so kena jadi driver dia..
  
menuju ke destinasi yg sepatutunyer
PAs g medical check up, sempat lak mama pergi shopping ngn kwan dia.. penat2.. Lepas g east cost mall, mama ajak g kuantan parade utk beli hp papa.. pas2 g kedai2 masa area bandar..
mmg penat giler coz mama hanya duk kt fitting room & aku tukang amik baju mana yg agak2 padan ngn dia & dia suka. Perh.. dlm 7,8 helai gak lak nk emncari yg dia suka.. pastue, aku terkejar2 lak ngn kawan mama suh pilih mana yg molek utuk dia..
tiba2..
Dri fitting room leh lak terdgr ''farinn.... mama xnk baju nie, amik baju len.. cari yg kedut2 kt bahagian dada.. "
aku pun pgi amik yg len.. pastu... " farin, baju nie cantik tak utk mak cik..?" aku pun ckp 'comel....'..
perh.. sperti Fashion Designer  kan..kan.. haha

dah siap shopping aku ajak mama balik coz xtahan penat giler pastu nk ter' shhhh... hehe..
&then, singgah g makan kt tanjung lumpur, best giler keropok dia...

aku pun drive balik. hanye kelajuan 100km/j jer coz keta mama.. lau keta aku sah2 120 0r 140km/j.. hehee... ( mati aku lau papa tahu).. sptutnyer keta mama rr best drive lju kan.. tpi xleh coz phm2 merz aku expert lgi coz berat & besar.. huhu

tpi, xbestnyer drive keta mama nie lmbat biler kite memotong kenderaan dpn.. dia lmbat pick up cikit.. lau keta papa.. best, bab de turbo.. sekejap jer motong.. best..best..





Aug 4, 2010

:: Diary Seorang Isteri (wahai Lelaki tolonglah baca )::


Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.


"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.


Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.


Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.


Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.


Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.


Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.



Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.



Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.



Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.



"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.



Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"



Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa



Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.


Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.



Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

Aug 3, 2010

:: Farin vs Dia ::

 saper dia..? dia? dia dan dia..
ntah lah dia pun aku tak kenal.. just tgk pic jer..
korang tahu ker siape..?
ehee
dia comel sgt.. cantik..
tpi ganas..
aku suka perempuan jadi tentera sbb nmpak sweet sgt.. tpi aku xsuka lelaki tentera.
sebabnye aku ajer yg thu.. tpi kalau ade yg thu..
bgusler..
ehee

Cantik kan dia.. huhuu
perh suka giler aku kt dia.. dia from italy.. rasa cam lesbian lak.. haha
Aku cam diaorng x..? hahha.. Nie waktu aku tournament Paintball wakil polisas lawan seluruh politeknik semalayia & aku men under TUDM.. Dapat no.2 ok.! =)   

Nie waktu aku tudm.. perh... itam abis aku wktu nie sampai mak aku lalu kt depan aku langsung xkenal aku.. sebab sebulan xjumpa.. hahha
Nie motor pinjam jer ok. Motor kapten aku.. nk beli xmampu.. tunggu ler aku jadi enginenyor k.. hahha

Amaca de style x..? waktu nie aku men tennis under poli gak. nie kat Poli Melaka. uops. nie waktu aku sem6 kat Poli.. dulu mcm boy cikit.. sekarang dah Kat U.. dah len.. ehee.

Oklah.. t kite cont. lagi dgn tajuk2 yg mcm ala3 best gtu.. huhu

~daaa...

:: Ada ape dgn tidur siang ::

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.
Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji.Rasulullah ada melakukannya."
Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata:
"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."
Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja. Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)
Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)
Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

So, tdo itu wajib utk aisy baby..
tgk lah tue dia tdo.. huhuuuu

:: Cinta Internet ::

Cinta internet..?
Ym? skype? oovoo? fb? myspace? friendster? tagged?
percaya boleh x?
boleh percaya ker?
x boleh percaya kot.....
tpi
semuanya ketentuan Illahi

tpi... kite perlu de jujur & kalau someone tue xjujur mesti ade something yg berlaku dalam diri dia.
But
But
But
Berkawan biarlah 1000 bercinta hanye berkali2 tpi sorng jer ler
Adakah
perkenalan yg singkat mmbawa berkat or membawa kurafat..?
huhuuu
yg pasti membawa maksiat..
papa cakap ' tunggu ko kerja nnti, berduyung2 orng nak kamo..' 
ishhh... itupun lau diaorng nak aku... xpelah.. biar lah jodoh maut dtgn Allah..

Jom lyn jap pic mengong nie :-
huhu
hehe
hiiiiiiiihiiiiii
-
-
-

Model ler sgt
hahaha
'both of u so nice & sweet'
kan
kan
kannnn
hahhahahahhahahaaaahhahahahahahaha

Aug 2, 2010

:: kenangan di Pantai Sepat ::

tarikh : 16/4/10
Pantai sepat... pantai yang best & damai utk melepak.. mmg syok.. kalau tension pergi ler kat
c2.. mmg tenang..
seperti biase saya bergonjengan bersama teman2 seperjuangan
iaitu yoh, Ain & mim..

kesungguhan saya mengambil gmbar mereka...

lepas tue kami makan... mkan .. dan makan utk tambah tenaga..

syok sgt3..