Dec 8, 2010

::Ya Allah Tabahkan hatiku ::

Ya-Allah...
andai dia jodohku tunjukkn aku jalan agar dia menjadi milikku
andai dia milikku Kau sabarknlah hatiku
 andai dia jodohku Kau tetapknlah imanku

andai dia bkn jodohku kau hilangknlah segala kenangan bersama si dia agar ku setia pd yg satu...
andai perpisahan yg terbaik buatku
Kau peliharalah dia 
Kau pertemukn dia dgn org yg terbaik buat dirinya....

Dec 7, 2010

:: Suami idaman ::

alkisahnya bermula~~~
Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badany alenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morningsickness yang teruk sekali bagi isterisaya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membacaAl-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidursehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasasaya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami.

 Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilahwaktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(subconscius mind) adalah paling optimum ketikaini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda keubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlahke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah alfatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi AnNu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum diadilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logikakal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suarasaya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apapula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isterisaya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masadepan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidakakan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dancintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya .


Dec 6, 2010

:: 10 Alasan Kenapa Dilarang Bercinta Dengan Suami Orang ::

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
+
+
Our love's in motion...Give me a notion cause...You know I'll never part...Our love goodbye
I love in season...Give me a reason cause...You know I'll never part...Our love goodbye
And together we'll fly...I'll give you my heart...Cause no place too far for us...We don't need it...

Ehoza : Cute Person

:: Aqasha & Amy Mastura_Tiada Ragu ::

Dec 5, 2010

Terima Kasih Awak...

:: Shades : Jangan Ucap Selamat Tinggal ::

:: Dasyatnya solat subuh ::

Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

Aku adalah Syaitan

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!
  
Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.
  
Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'

MORAL :
Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tsbt .

Dec 4, 2010

: Gambang water Park :

Family Day under Felda felda technoplant @ Water Park gambang.

Ari bahagia & banyak seronok & mandi manda wit aisy baby & adik2 aku.

 Dinner
 
 




+
+
waa... belanja besday kak efa arinie mlm tdi.. dap ooo
+
+

Then, kawan aku dtng aku p men pelampung keliling water park wit fendi, shahir & ayu..

bak kata ayu 'farin, kekasih gelap ko de kt bakang follow kitaorng, tunggu then dia cakap nk naik kenari or Ek..'
Sempat lgi erk ngnjing.

Then, balik from waterpark kitaorng g kuantan parade.. engt nk tgk wayang tpi xsempat coz kena balik b4 magrib. len kali erk korang.! syg korang ketat2..

Dec 3, 2010

:: ari yg pdat ::

lepak2 @ JBA

Jumpa kak ct apai, en.nazri dll.

ptng lak lepak wit Ada ( roommate dulu masa kt ump lor. )

:: Mood : sakit hati ::

I'm single but available 
wah!
ayat pe tue..

xdek mood tntng cinta! xnak! xnk!



No man! No cry! No....!!!!!!!!!!!!

Dec 1, 2010

:: shopping lgi & movie time ::

Cerita NGANGKUNG!
xsyok sgt! tpi best part Lan pet2 trik telinga hantu tue then dia g sepak punggung hantu tu! mengong btul..
huhuuu
Overall this movie bgi 6/10 aje.. huhuu
 
+
+
Shopping lgi... time kasih papa krnamu dpt ku angkat beg puma ni. wink2.. =)
Semalam dpt pau mama ( ksut), arini pau papa(beg) lak!
wah!!

:: Epy but tired ::

30/11/10


Perkara paling best time aku tension!
Shopping! shopping! shopping!
Makan! makan! makan!

Arinie seharian menemani mama di London weight management epy sgt2 coz dpt ksut converse ehee.. tq mama..
Dah de 2 ksut converse! 1 wat jogging 1 wat p jalan. then arini aku mkn 5 kali! wah.. giler rr.. knp aku lapar sgt nie.. hahaha! 

Urm.. Aritue beli Jam casio import from jb.. mujur gak beli kt sana coz murah.. kt kuantan mahal!

esok.. engt nk tgk beg converse lak.. design nike & adidas xdek yg latest.. so bored!

Time nk hbskan duit papa.. hahhaaa...

mama lgi rr byk shopping! baju+hndbag!
wahh! lantak dia rr duit dia. yg penting mama belnja aku kasut..

muahhhhhhhh

nitex korang...
 syg korang ketat2!

Nov 28, 2010

Muar, Johor

Berjalan2 ke rumah ain & Jb with NDE
Pada 26-28/11/2010
 
 ------
+
+

  ~ Casio from Jb --> Karok -->>Danga Bay ~
 wink2..

Nov 20, 2010

:: Airmata sepanjang perjalanan ::

Ya Allah..
Tahun 2010 nie.. terlalu banyak dugaan yang aku dapat.. yang family aku dapat..
Selepas mak aku sihat dari sakit berthun2 lamanya dia menanggung derita then masalah len lak yg timbul..
Ya Allah.. terlalu berat dugaan yang aku tempuh..

Jam 12.50 pm.. Aku drive sambil menangis teresak2 balik ke ump..
Aku tahu aku salah coz xbertegur sapa ngn mama tpi salah ker aku buat ape yg sepatutnye aku buang..?
sedangkan papa,a.lan,adik2 semua sokong pe yg aku buat.
Kerana orng len yg muncul dlm hidup aku satu family mama nk tengking2 aku!
ITu bukan mama yg aku kenal..

Sedih sgt, 2 ari aku xtgur ngn mama.. Bile aku nk balik ump aku nk kiss pipi mama wat lari muka dia.
Ya Allah terus aku nangis kuar umah then g kt papa yg tgh cek air keta & minyak itam keta aku..
Papa cakap 'dah2..nape nie.. jgn nangis , kamo nk bawa keta kan.. mama kamo wat ape'
Aku hanya mampu geleng kepala jer then salam papa. kiss pipi dia & blah.
Terus aku masuk keta call sumone.. itu jer aku mampu..
Then masa aku tgh called dia, dia cakap 'mama call nie'.
Owh.. rupanya mama call dia.
Then terus aku letak phone. Then, dia call aku balik cakap 'mama suh aku bawa keta slow2 & dia syg kan aku.'
PAstu, lama aku cakap ngn dia. aku letak phone coz nk drive walaupown waktu tu aku nangis smbil drive start dari rumah sampai pekan aku nangis...

After 15 minutes mama call.. aku xngkat pown dia call.. Lebih kurang 10 kali gak mama call..
1 call dia pown aku xjawab..last2 mama msj ckp 'xpelah lau f xnak angkat fon, walau apepon mama syg anak2 mama.' Biar lah aku pgi jauh2 lau dia rasa anak2 dia mengongkong per yg dia buat..
maybe itu yang dia suka.. mama dh lain sekarang. mama bukan mama farin yg dulu.

Maafkan farin.. hati farin pwon terluka.. Cukuplah papa & a.Lan & adik2 jer yg paham situasi farin..
Cukuplah papa lak yg takecare kitaorng.

Thanks mama..

Nov 15, 2010

:: BiLa Kita Boleh Menjadi TUNANGAN orang tanpa sedar~Harus baca! ::

Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:


"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.
  
Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Ops... so.. Jangan di bawa men2... huhu

Nov 14, 2010

:: Keghairahan Melanda ::

Wahhh... tajuk aku utk ari nie..
Yup.. keghairahan mmg tgh melanda.... keghairahan utk pulang ke kampung..
xsabar nk hbs paper.. nak cuti.. and.. nak tunggu end of this months..
Yelah.. nk p jalan2 kt Jb ngn sumone.. huhu
t belanja nasi ayam penyek ok..? my kazen lak sibuk nk suruh aku belanja dia.. sepatutnye dialah kena belanja aku... ape daa... kedekut! huhu

ari nie.. msih lgi tengah study hydrology and water resources.. wah.. xsuka kot coz byk gak teori kena baca.
malas.. tue rr farin ko wat per hah seminggu pas hbs peper ari rabu tue.. huhu
cam biase aku p kuar karok lor... wah 2 ari berturut karok..
pening pown dah ilang. huhu

oklah...
daaaa




-----------

Nov 10, 2010

:: First Paper ::

Utk paper arini per aku dah jawab..? aku pown xtahu.. 
Ya Allah aku serahkan segala2 padaMu..
Moga aku melepasi setiap ujian yg telah kau berikan..
Hari2 indah yg aku lalui kini seperti bunga tanpa air tnpa baja..
layunye tanpa belas ihsan manusia.
Aku tahu setiap ujian yg telah kau berikan ada hikmah disebaliknya.
Aku cuba utk matangkan diri aku cuba utk melawan perasaan sedih,takut kerana aku tidak mahu menjadi orang yg cepat menyesal.
Untuk ari2 yg bakal aku lewati aku sedang cuba untuk gagahkan diri aku berdiri di kaki sendiri tanpa mana2 belas ihsan dari siapa2.. 
Cukuplah sekadar aku ada Family tercinta & rakan2 tersyg... Itu sudah memadai bagiku dari aku memberikan kasih,syg,cinta aku pada insan yg tak thu nak hargai aku bila ada dpan mta.
But.. Bila aku hilang barulah nk cari aku..
for what..? part time lover..? or scandals.. ?
OMG!
Fine... aku thu & paham hidup nie xselalunye cerah & indah.
Dan.. xsemestinya apa yg kita harapkan kita akan dapat. Tapi... untuk thun 2010 macam2 kot dugaan yg aku dapat.. bermula dengan masalah family, peribadi & study...
arggggggghhhhhhh... TENSION!!!

Apelah nasib ko yek farin... uish... bek berkata2 dengan diri sendiri or bantal busuk nemoku 'pemberian mama'.. Dah 5 tahun nemoku bersamaku susah senang bersama.. berganti pakwe pown ngn dia gak..so.. dia thu ngn saper aku kaper.. kerana saper aku nangis.. cuma dia xpandai nk bercakap.. huhu.. coz.. dia hanya bantal.. =) So.. saya syg dia lebih dari korang semua.. heheheee...

Sape sayang saya lak...? xdek..? ade..? 
aaallaaa....... de aku kisah..? aku syg nemo.. nemo syg aku!
Dah enough!

To : NDE
Kerana awak saya de masa lak nyanyi lgu For the rest of my life time exam tdi kt dewan.. sampai sempat berangan and... hbis masa thu x.!

------------------------------------------------

Selingan Utk ari nie :

cikgu: ok murid2, apa yang awak nampak kat sini, ada 2 jenis air, air arak dan jg air biasa. Sekarang cikgu letak cacing di dalam kedua2 air ni..

murid2 melihat eksperimen dengan sangat kagum

murid2: wahhhhh

cikgu: lihat kita tgk kat sini, cacing mati di dalam air arak, manakala air biasa sebaliknya..

murid: [angguk kepala]

cikgu: okey, apakah kesimpulan yg dapat kita buat dalam eksperimen pada kali ni?

murid: minumlah air arak kalau nak cacing dalam perut mati..

cikgu:[ pengsan ]

Nov 9, 2010

:: ---------------------------------------- ::

Astrid - Jadikan Aku yang Kedua
      jika dia cintaimu
melebihi cintaku padamu
aku pasti rela untuk melepasmu
walau ku tau ku kan terluka

jikalau semua berbeda
kau bukanlah orang yang kupuja
tetapi hatiku telah memilihmu
walau kau tak mungkin tinggalkannya

reff.
jadikan aku yang kedua
buatlah diriku bahagia
walau pun kau takkan pernah
kumiliki selamanya

-N.D.E-

:: Hilang arah tujuan ::

Morning... morning.. morning..

mata still lgi ngntok.. Semalam pukul 11 pm kuar p bndr sorang2 aku balik pukul 3.30 am.. kejenye.. lepak kt pantai.. teruk btul rasa aku nie.. Dahlah de paper 10/11. aduss.. aku frust giler ngn hidup aku skng.. bodo!!!!!!!!!!!!!

Lepak tgk orang.. tgk air pntai yg boleh buat pntai berubah begitu juga manusia.. 'Since i met u, dlm hati de taman'... arrgghh.. penipu!! Aku benci ko N.D.E!..

Kadang2 rasa btul cakap papa saya xperlu pk pasal lelaki time tgh belajar.. Lelaki nie membebankan..
Sakng rasa aku perlu & patut undur diri kerana kebahagiaan ko. aku perlu mengalah ok sebab aku bukan sape2 utk ko! bukan sape2! 

So.. pergilah jauh2..  jgn tambah masalah & kusutkan keadaan yg belum bakal terjadi nanti..

awak 'xsemestinya cinta itu akan berakhir dengan perkahwinan & If you love somethinglet it go. If it comes back to you, its yours forever. If it dosent, then it was never meant to be.'


Nov 8, 2010

:: Hati terluka lagi ::

Aku xmampu nk teruskan hidup.. 'N.D.E '... perlu ker aku dalam hidup kamo lgi..?

Kenapa yer.. satu2 masalah aku datang..utk tahun 2010.. Beratnyer pe yg dah aku tanggung selepas family aku de masalah timbul lak masalah peribadi aku.. Knp!!! B4 final bru aku tahu sape dia.. Aku engt aku pilih dia xkan or xdek masalah yg dtng. But..lain yg aku kenal dia lain yg aku thu. Kite xpatut jumpa! awak tanggung risiko! awak tambah masalah saya!
 Ya Allah knpalah nie yang aku dapat.. Aku xnak! Xnak dah ape2.. Xnak...!
Saat aku dah suka! sayang! fall in love wit dia baru aku tahu sape dia.
beratnyee hati aku nk terima..
------------------------------------------------------------------------------------------------
For The rest Of My Life by Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart

* awak kata lagu ni untuk saya.. tpi x! bukan utk saya & awak! tpi untuk awak dan dia!.. 

Nov 6, 2010

:: royale smoke ::

First time kot saya tgk orang isap rokok nie depan saya.
Mula2 mmg agak pelik bile dia xbakar pown hujung rokok tue & bile saya pegang kotak rokok tue mcm pelik coz keras & ade tmpat charging mcm hp.
Then, tiba2 rokok dia isap jatuh kt karpet kereta & atas baju dia. then saya amik pegang & tnye xterbakar ker..then dia cakap 'x'.
wahh.. perasaan ingin tahu saya membuak2.. huhu..
Then dia amik rokok tue & p letak atas tgn saya. Waktu tue cuak giler tpi xrasa pe2 pown yg panas. then saya pegang tgk rokok tue keras giler xmcm rokok biasa.. Tapi still de asap cma xdek bau busuk..

Nk tgk x..? Jom..
Ada tempat Changing utk rokok yg berwrna putih tue ada power.
Yang nie kena beli dalam 5 batang rm15 tpi jimat coz 1 btng leh tahan smpai 3 days.
Nie rokok yg kite kena cas ok.. 
Yg hujung tue xleh pegang.. coz panas giler..
Inilah dia rokok tue... xleh nk pijak coz keras. Xdek bau ok.. =)
Rokok nie hanye de Kat KL jer.. dalam RM 2++ cam tue rr...

Sape2 nk berhenti merokok sila hisap rokok nie coz xdek effect utk kesihatan.. =)